Hari Kebangsaan Ke 62 Program Keagamaan Simbolik Penghayatan Bulan Kemerdekaan Maal Hijrah 1441h
Kuala Lumpur, 6 September 2019 - Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 dan Maal Hijrah 1441 Hijrah, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Bukit Aman telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Bukit Aman, malam tadi.
Penganjuran majlis keagamaan itu bertujuan untuk memanjatkan kesyukuran di atas keamanan yang dikecapi sehingga kini dan bagi memperingati pejuang-pejuang tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara suatu ketika dahulu.
Majlis yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud itu telah dihadiri seramai 500 warga PDRM dari Bukit Aman dan sekitar Lembah Klang.
Turut hadir, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador, Timbalan KPN, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, bekas KPN, Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan, Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Tan Sri Ismail Che Rus, barisan Pengarah PDRM dan kepimpinan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).
Sekitar solat fardhu Maghrib berjemaah di Masjid Bukit Aman bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 dan Maal Hijrah 1441 Hijrah.
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Masjid Bukit Aman bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 dan Maal Hijrah 1441 Hijrah.
Sekitar solat fardhu Maghrib berjemaah di Masjid Bukit Aman bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 dan Maal Hijrah 1441 Hijrah.
Sekitar solat fardhu Maghrib berjemaah di Masjid Bukit Aman bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 dan Maal Hijrah 1441 Hijrah.
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Bukit Aman bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 dan Maal Hijrah 1441 Hijrah yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud.