
Artikel
Hari Kebangsaan 2025 Raptai Skeleton Perbarisan Dan Perarakan Kontinjen Pdrm
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Raptai Skeleton bagi Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Kawad, Pusat Latihan P...
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Raptai Skeleton bagi Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Bagi memastikan persembahan yang mantap pada 31 Ogos ini, PDRM menurunkan lebih 1,200 pegawai, anggota serta aset meliputi 10 detasmen yang merangkumi pakaian kerja, pesara polis, pakaian operasi, aset haiwan dan kenderaan.
Pelaksanaan raptai skeleton ini bertujuan menilai kerangka persiapan perbarisan detasemen yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut. Melalui latihan yang telah dilaksanakan bermula 23 Ogos lalu dapat mengenal pasti sebarang kelemahan dan kekurangan untuk penambahbaikan bagi memastikan setiap detasemen PDRM memberikan komitmen sepenuhnya demi menjayakan program kebangsaan ini.
Hadir menyaksikan raptai pagi tadi ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff yang mewakili Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid.
Tidak ketinggalan menyaksikan raptai skeleton adalah Timbalan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Penerbitan Institut Keselamatan Awam Malaysia, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Bukit Aman, SAC Alina Saad dan Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), Bukit Aman, ACP Harlina Masnan.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang













