
Hari ini, pada 1 Disember 2016, telah berlangsungnya Pameran Produk Inovasi Pemenang Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016 di perkarangan Lobi Menara 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.
Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim turut menyaksikan sebanyak sembilan KIK mengambil bahagian menerusi tiga kategori iaitu Penghasilan Anugerah Inovasi PDRM (AIPDRM) 2016, Teknikal Penghasilan KIK PDRM 2016 dan Pengurusan.













