
Hari ini pada 13 Januari 2023, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain yang ketika itu merupakan Timbalan KPN telah hadir di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka (arah selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 19 sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Razarudin berkata, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik mengaplikasikan pendekatan mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah, di samping memastikan kelancaran lalu lintas demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.