
Hari ini pada 25 Februari 2014, Program Pemasyarakatan Rondaan Mencegah Jenayah yang dilaksanakan secara bersepadu di antara Polis Diraja Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperluas ke seluruh negara.
Pengumuman permuafakatan itu diumum bersama oleh Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah ketika itu (kini Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK), CP Dato' Wira Ayub Hj. Yaakob dengan Ketua Eksekutif MiDAS ATM ketika itu, Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan Dr. William Stevenson.









