
Hari ini pada 23 Februari 2017, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong yang terletak di Bandar Maharani, Muar, Johor.
Selain memperingati pejuang Pasukan yang terkorban dalam tragedi serangan pengganas komunis, galeri tersebut menyimpan pelbagai arkib bersejarah yang boleh dilihat dan dihayati oleh generasi muda masa kini.


















