
Hari ini pada 20 September 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan prosedur siasatan melibatkan orang kelainan upaya serta Autisme bersama Pusat Permata Kurnia dan Yayasan Pengaman Malaysia (PENGAMAN) yang diadakan di Pusat Permata Kurnia dekat Sentul, Kuala Lumpur.