
Pada 26 Februari 2020, Pasukan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) telah melancarkan jersi baharu yang digunakan dalam saingan Liga Super Piala Malaysia 2020.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor yang juga merangkap Presiden PDRM FA di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Dalam majlis yang sama, barisan pemain baharu PDRM FA turut diperkenalkan kepada umum.










