
Hari ini pada 31 Januari 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) telah berkolaborasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Syarikat Konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK) dan Community Policing Malaysia untuk mengedarkan limau kepada lebih 300 pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) yang melalui Plaza Tol Puchong Selatan, sempena Tahun Baharu Cina.
Program tersebut bertujuan dekati dan menyantuni pengguna lebuh raya selain menasihati mereka untuk memandu kenderaan dengan lebih berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.
PDRM diwakili oleh Ketua Komunikasi Korporat ketika itu, SAC Dato' Asmawati Ahmad manakala Community Policing Malaysia pula diwakili oleh presidennya, Encik Kuan Chee Heng.