
Pada hari ini, 29 Januari 2019, dua buah jabatan dalam Polis Diraja Malaysia menerima Pengarah baharu bagi membantu pucuk pimpinan Pasukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat.
Mereka ialah CP Dato’ Abd Rahim Jaafar yang bertanggungjawab menggemudi Jabatan Pengurusan manakala CP Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ketika itu.















