
Pada 20 Februari 2020, seramai 297 pelatih konstabel baharu berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) bilangan 23 siri 7/2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.
Dalam majlis tersebut, Konstabel Blledzdy Reo Lorin yang berasal dari Ranau, Sabah telah dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Khas ketika itu, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan di Dataran Kawad, PULAPOL Dungun.




