
Hari ini, pada 18 Februari 2012, para penggiat sukan Pasukan diraikan dalam Majlis Malam Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2011 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Lans Koperal Fauzi Khalid dari Kelab Silat Olahraga dan Lans Koperal Sokongan Noor Amelia Musa dari Kelab Olahraga, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik PDRM 2011 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, IG Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar.
















