
Hari ini, pada 10 Februari 2016, sebanyak empat buah Kenderaan Perodua Axia telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Syarikat Perodua Sales Sdn. Bhd. dalam Majlis Sempena Penyerahan Kunci Kenderaan Pasukan Perodua Axia, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Perodua Sales Sdn. Bhd. iaitu Dr. Zahari Husin dengan menyerahkan replika Kunci Perodua Axia kepada Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar.
Penyerahan kenderaan tersebut adalah untuk kegunaan PDRM dalam penugasan rondaan bagi aktiviti pencegahan jenayah, di samping menjamin keselamatan komuniti setempat.










