
Hari ini pada 1 April 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang merangkumi aspek latihan, perkongsian maklumat, bantuan keselamatan dan pengoperasian Pasukan.
Simbolik MoU tersebut diadakan di Malaysia Petroleum Club, Menara PETRONAS yang ditandatangai oleh Pengarah Pengurusan ketika itu, CP Dato’ Zaini Jass mewakili PDRM bersama Pengurus Besar Kanan, Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Yang Mulia Datuk Tengku Muhammad Taufik.