
Hari ini, pada 8 Februari 2020, seramai 132 pelumba antarabangsa telah menyertai kayuhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dalam saingan peringkat kedua dengan jarak sejauh 175.5 kilometer, bermula di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan tamat di Persiaran Guntong, Bandar Baru Kerteh, Terenganu.
LTdl pada tahun 2020 telah dirasmikan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah sekali gus ia menjadi lokasi awal pelepasan acara lumba basikal yang penuh berprestij itu.























