Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Guru Ambil Inisiatif Jadikan Tabika Seperti Balai Polis

Diterbitkan: 16 Nov 2021 12.53 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 16 November 2021 - Bagi menarik minat kanak-kanak pra sekolah dalam bidang kepolisan dari awal usia, seorang guru, Puan Mastina Masir telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Tabika Kemas Al-Ghazali seperti sebuah balai polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/guru-ambil-inisiatif-jadikan-tabika-seperti-balai-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT
Kota Kinabalu, 16 November 2021 - Bagi menarik minat kanak-kanak pra sekolah dalam bidang kepolisan dari awal usia, seorang guru, Puan Mastina Masir telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Tabika Kemas Al-Ghazali seperti sebuah balai polis.

Menurut beliau, selain sesi pembelajaran khusus yang ditetapkan kerajaan, kanak-kanak juga didedahkan aktiviti berkaitan forensik, trafik, pencegahan jenayah komersil dan narkotik, dengan mendapat rujukan serta tunjuk ajar daripada para pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Tabika Kemas Al-Ghazali telah dirasmikan pada 25 Ogos 2021 oleh Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu, CP Dato' Hazani Ghazali dan memiliki 80 pelajar bersama empat tenaga pengajar serta empat orang pembantu.

ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2021 12.53 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM