Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Gugur Anak Kerana Kecewa

Published: 22 Oct 2018 6.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Terengganu, 22 Oktober 2018 - Seorang wanita membelanjakan RM600 bagi membeli 10 biji kapsul ubat gugur yang dijual menerusi Facebook demi menggugurkan kandungannya berusia 20 minggu selepas bekas tunangnya enggan bertanggungjawab dalam kejadian di Kuala Nerus.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gugur-anak-kerana-kecewa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:38 MYT

Kuala Terengganu, 22 Oktober 2018 - Seorang wanita membelanjakan RM600 bagi membeli 10 biji kapsul ubat gugur yang dijual menerusi Facebook demi menggugurkan kandungannya berusia 20 minggu selepas bekas tunangnya enggan bertanggungjawab dalam kejadian di Kuala Nerus.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi pada Jumaat lalu, suspek berusia 22 tahun menelan dua biji kapsul ubat gugur manakala lapan lagi dimasukkan ke dalam kemaluannya selain turut minum air berkarbonat.

Suspek dipercayai bertindak sedemikian selepas tertekan apabila bekas tunangnya tidak mahu bertanggungjawab dan pasangan itu dikatakan putus tunang pada Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, suspek yang berseorangan di rumah sewanya mengalami sakit perut selepas satu jam mengambil ubat berkenaan.

Katanya, suspek melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat seberat 304 gram dan sudah tidak bernyawa kira-kira jam 11 malam hari sama sebelum bertindak membersihkan bayi itu lalu membalutnya dengan tuala.

“Suspek kemudian mengambil keputusan ke klinik swasta berhampiran bersama mayat bayinya kira-kira jam 12 tengah hari untuk memaklumkan mengenai keguguran itu sebelum pekerja di klinik berkenaan memberikan nombor telefon individu untuk dihubungi bagi urusan pengebumian.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit meminta suspek membuat laporan polis terlebih dahulu sekiranya mahu menyempurnakan urusan pengebumian menyebabkan suspek ke Balai Polis Gong Badak bagi melaporkan kejadian itu.

“Suspek turut membawa mayat bayinya yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya,” katanya.

Suffian berkata, suspek yang berada dalam keadaan lemah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Katanya, suspek kini dirawat di hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan.

“Bagi kesalahan itu, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya. - BERITA HARIAN ONLINE

Gugur Anak Kerana Kecewa

ArticlePublished 22 Oct 2018 6.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM