Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gtsp Dan Pdrm Safe Cam Partnership Kerjasama Syarikat Korporat Ngo Bantu Pdrm Cegah Jenayah

Diterbitkan: 16 Jan 2020 11.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 16 Januari 2020 – Dalam usaha memerangi jenayah secara meluas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) sentiasa komited menjalin kerjasama dengan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkasakan program pencegahan jenayah di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gtsp-dan-pdrm-safe-cam-partnership-kerjasama-syarikat-korporat-ngo-bantu-pdrm-cegah-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:13 MYT

Kajang, 16 Januari 2020 – Dalam usaha memerangi jenayah secara meluas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) sentiasa komited menjalin kerjasama dengan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkasakan program pencegahan jenayah di negara ini.

Ia jelas dapat dilihat menerusi program Go To Safety Point (GTSP) yang mendapat sokongan daripada lima buah syarikat iaitu Petron, Shell, BHP, Petronas dan Caltex dengan penglibatan sejumlah 2,918 stesen minyak di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tanggungjawab sosial korporat antara PDRM dengan syarikat-syarikat korporat berkenaan telah diadakan di Dewan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, pagi tadi, bagi memperkukuhkan lagi kerjasama yang terjalin.

Majlis berkenaan turut membabitkan dua buah NGO iaitu Federation of Malaysian Manufacturers (FFM) dan Lions Club International.

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah JPJKK Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kassim berkata, MoU berkenaan merupakan inisiatif antara PDRM dengan syarikat swasta dalam melakukan program pencegahan jenayah, kebajikan dan pendidikan bagi menjaga kemashalatan masyarakat serta negara.

"Semoga program sebegini menjadi contoh kepada syarikat dan NGO lain untuk turut sama berusaha mengurangkan jenayah dan meningkatkan semangat ‘caring society’ seiring dengan tema “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”", ucap beliau yang turut melancarkan pelekat baharu GTSP dan mengumumkan penyertaan FFM dalam PDRM Safe Cam Partnership.

“PDRM Safe Cam Partnership ini menggalakkan syarikat swasta atau mana-mana persatuan yang menjadi ahli, memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing, bagi memudahkan mereka berkongsi rakaman dengan pihak polis sekiranya diperlukan bagi tujuan siasatan.

“Sesungguhnya, PDRM amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dalam usaha pencegahan jenayah bagi memenuhi matlamat bersama ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan cemerlang kepada masyarakat dan negara,“ katanya lagi.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Tan Chong Jin, wakil Lions Club International, Dato’ Javern Lim Chong Hee, wakil FFM, Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai, wakil-wakil stesen minyak dan warga PDRM.

Image may contain: one or more people and crowd
Bergambar kenangan.
 

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Wakil Lions Club, Dato' Javern lim Chong Hee menyerahkan dokumen yang telah ditandatangani kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti CP Dato' Zainal Abidin Kassim.
 

Image may contain: 13 people, text
Wakil dari Lions Club menandatangani Dokumen Kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat.
 

Image may contain: 1 person, sitting, indoor and text
Ucapan Perasmian oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Zainal Abidin Kassim.
 

Image may contain: 6 people, people standing
Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Dato' Soh Thian Lai menandatangani Dokumen Kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat.
 

Image may contain: 4 people
Wakil-wakil dari syarikat petroleum menandatangani Dokumen Kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat.
ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2020 11.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM