Gro Bertempiaran Lari Diserbu Polis 20150723
Seramai 17 GRO warga Vietnam ditahan polis Kuala Lumpur dalam Op Noda yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Cheras awal pagi kelmarin.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Dato' Zainuddin Ahmad, mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 19 tahun hingga 30-an yang ketika itu sedang berhibur bersama para pelanggannya.
Pihak polis turut memeriksa dan menjalankan ujian air kencing terhadap 21 orang lelaki tempatan yang dipercayai pelanggan pusat hiburan terbabit dan enam daripadanya turut ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine.
Sumber: Sinar Harian.