Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Gotong Royong Mega 2 0 Pdrm Lestari Perangi Aedes

Published: 13 Dec 2018 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 13 Disember 2018 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini sekali lagi turun padang bagi meneruskan inisiatif merealisasikan dasar amalan hijau melalui program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Bukit Aman di sekitar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gotong-royong-mega-2-0-pdrm-lestari-perangi-aedes
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:51 MYT

Kuala Lumpur, 13 Disember 2018 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini sekali lagi turun padang bagi meneruskan inisiatif merealisasikan dasar amalan hijau melalui program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Bukit Aman di sekitar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Kesinambungan daripada program Gotong-Royong Mega 1.0 yang telah diadakan pada 20 Ogos lalu, aktiviti tadi turut melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd.

Selain bertujuan untuk memerangi nyamuk aedes yang merupakan penyumbang kepada wabak denggi, program yang berjalan serentak di seluruh kontinjen dan formasi PDRM tadi turut bertujuan untuk melestarikan konsep "Go Green" yang telah dipraktikkan dalam pasukan selama ini.

Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Mohd Sukri Kaman mengetuai 300 pegawai kanan, anggota polis dan pegawai awam dalam program gotong-royong tadi.

0S5A4705
Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Mohd Sukri Kaman memberi taklimat ringkas sebelum program bermula.

0S4A6000
Sekitar program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Bukit Aman.

0S4A6094
Sekitar program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Bukit Aman.

0S4A6086
Sekitar program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Bukit Aman.

0S4A6050
Sekitar program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Bukit Aman.
ArticlePublished 13 Dec 2018 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM