Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Bangau Menyamar Anggota Polis Imigresen Sebelum Samun Ditahan

Diterbitkan: 15 Sep 2018 11.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Balik Pulau, 15 Sept 2018 - Polis Pulau Pinang menumpaskan geng bangau yang menyamar sebagai pegawai polis atau imigresen sebelum menyamun dan merompak mangsa selepas menahan empat lelaki dalam dua serbuan dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-bangau-menyamar-anggota-polis-imigresen-sebelum-samun-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT

Balik Pulau, 15 Sept 2018 - Polis Pulau Pinang menumpaskan geng bangau yang menyamar sebagai pegawai polis atau imigresen sebelum menyamun dan merompak mangsa selepas menahan empat lelaki dalam dua serbuan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A. Anbalagan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan dua lelaki pada 8 Sept lepas Taman Bukit Juru, Bukit Mertajam sebelum menangkap dua lagi rakan mereka pada Rabu lepas di George Town.

"Hasil siasatan mendapati empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia berumur 22 hingga 34 tahun itu terlibat dalam kegiatan jenayah samun serta rompak membabitkan warga asing di Pulau Pinang.

"Modus operandi mereka adalah menyamar sebagai pegawai polis atau imigresen sebelum memeras ugut, menyamun atau merompak warga asing dengan mengambil wang serta barang berharga milik mangsa," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata geng itu bergerak aktif sejak awal tahun ini di seluruh negeri dan siasatan mendapati mereka terlibat dua kes samun di Barat Daya melibatkan kawasan Batu Maung dan Teluk Kumbar baru-baru ini serta membabitkan kerugian lebih RM20,000, selain lebih lima kes di daerah lain.

"Polis turut merampas sebuah kereta Proton Waja dan lima telefon bimbit daripada mereka. Dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah," katanya.

Anbalagan berkata kesemua mereka kini direman lima hari bagi membantu siasatan.

Katanya orang ramai terutama warga asing yang pernah menjadi mangsa geng itu diminta tampil di mana-mana balai polis bagi menyalurkan maklumat dan membantu siasatan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2018 11.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM