
Artikel
Gambar Sekitar Timbalan Kpn Hadir Flag Off Perlumbaan Berprestij Dunia
Gambar sekitar Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelepasan (Flag Off) perlumbaan berprestij dun...
Gambar sekitar Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelepasan (Flag Off) perlumbaan berprestij dunia Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 di Jalan Padang Matsirat, Langkawi, Kedah.
Seramai 129 pelumba daripada 22 pasukan termasuk dari dalam dan luar negara, berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 96.5 kilometer yang bermula di Pekan Kuah sebelum mengelilingi seluruh Pulau Langkawi.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan PDRM RMP TV.





















