Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Faktamenarik Waragainstdrugs Fakta Narkotik Dadah Nps Membawa Maut

Diterbitkan: 07 Jan 2020 4.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
New Psychoactive Substances (NPS) adalah kategori dadah yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Mana-mana individu yang memasukkan dadah NPS ke dalam tubuh badan berisiko mengalami kerosakan organ dalaman yang boleh membawa kepada kematian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/faktamenarik-waragainstdrugs-fakta-narkotik-dadah-nps-membawa-maut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT


New Psychoactive Substances (NPS) adalah kategori dadah yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.


Mana-mana individu yang memasukkan dadah NPS ke dalam tubuh badan berisiko mengalami kerosakan organ dalaman yang boleh membawa kepada kematian.

Terdapat tiga kumpulan dadah NPS iaitu:

1. Ketum (Mitragyna Speciosa Korth) - tumbuhan asli yang mengandungi alkaloid mintragyne. Bahan ini mampu menjadi perangsang manakala dengan dos yang tinggi, ia boleh menjadi ubat pelali.

2. Divinorum Salvia - mampu menjadi bahan aktif Salvinorin A atau bahan halusinogen.

3. Ketamin dan bahan jenis Phencyclidine-Ketamin - sebagai bius kepada manusia pada kadar dos yang rendah manakala akan menjadi halusinogen pada dos yang tinggi. Ia juga merupakan dadah NPS yang terkini di pasaran.

Kesan penggunaan dadah NPS boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan, halusinasi, keresahan dan ketakutan. Dan sekiranya pengambilan dos yang lebih tinggi, ia boleh menyebabkan sawan dan kematian.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Antidadah Kebangsaan

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2020 4.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM