Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Fakta Tahukah Anda Perwira Di Sebalik Kejayaan Menumpaskan Pengganas Militan Al Maunah

Published: 09 Nov 2018 1.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
FAKTA ATAU AUTA ACP Abdul Razak bin Haji Mohd Yusoff ( SP, BMS, PKT, BKT ) merupakan antara perwira yang menjadi saksi beberapa peristiwa penting dalam sejarah negara. Antara operasi yang menaikkan nama ACP Abdul Razak serta imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah kejayaan beliau menumpaskan pengganas militan Al-Ma’unah di bawah pimpinan Mohammed Amin bin Razali tanpa pertumpahan darah dalam Op Subuh. Beliau bersama
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fakta-tahukah-anda-perwira-di-sebalik-kejayaan-menumpaskan-pengganas-militan-al-maunah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT

FAKTA ATAU AUTA

Fakta Tahukah Anda Perwira Di Sebalik Kejayaan Menumpaskan Pengganas Militan Al Maunah

 ACP Abdul Razak bin Haji Mohd Yusoff ( SP, BMS, PKT, BKT ) merupakan antara perwira yang menjadi saksi beberapa peristiwa penting dalam sejarah negara.

Antara operasi yang menaikkan nama ACP Abdul Razak serta imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah kejayaan beliau menumpaskan pengganas militan Al-Ma’unah di bawah pimpinan Mohammed Amin bin Razali tanpa pertumpahan darah dalam Op Subuh.

Beliau bersama 20 anggota unit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) yang pada mulanya diarahkan untuk menembak ‘tear gas’ ke kawasan kubu Al-Ma’unah di hutan Sauk, Perak berjaya menyusup masuk ke kawasan kubu musuh dan mengadakan rundingan dengan Mohammed Amin serta meminta beliau dan kumpulannya untuk menyerah diri kepada. Setelah lebih dua jam berbincang akhirnya beliau berjaya memujuk kumpulan Al-Ma’unah supaya menyerah diri tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah.

Atas keberaniannya dalam operasi tersebut, ACP Abdul Razak telah dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj pada tahun 2001.

 Semak FAKTA ATAU AUTA jangan terpedaya!

SPREAD THE NEWS

 

ArticlePublished 09 Nov 2018 1.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM