Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Esscom Pdrm Tumpaskan Dua Penjenayah Di Perairan Lahad Datu Sabah

Diterbitkan: 04 Sep 2019 9.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Lahad Datu, 4 September 2019 - Pasukan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati dua penjenayah dipercayai warga asing di perairan Sahabat 2 Lahad Datu, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-pdrm-tumpaskan-dua-penjenayah-di-perairan-lahad-datu-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:20 MYT

Lahad Datu, 4 September 2019 - Pasukan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati dua penjenayah dipercayai warga asing di perairan Sahabat 2 Lahad Datu, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.00 malam tadi, pihak keselamatan yang diketuai oleh Pasukan Khas ESSCOM telah mengesan dua pam bot yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Semasa membuat pintasan dalam keadaan lampu biru polis dinyalakan dan siren dibunyikan, dua suspek lelaki telah melepaskan tembakan ke arah bot pasukan keselamatan.

Bagi tujuan mempertahankan diri, pihak keselamatan telah melepaskan beberapa tembakan balas dan satu pam bot lagi telah melarikan diri ke perairan Filipina.

Kedua-dua mayat suspek dan barang rampasan yang ditemui berupa sebuah bot, selaras senjata api jenis bom tangan, kelopak peluru, dua butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru, dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Lahad Datu, untuk tindakan lanjut.

Sumber: Eastern Sabah Security Command -Esscom

a

ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2019 9.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM