Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Van Tiga Lori Terbakar Sah Khianat Polis

Published: 09 Dec 2018 12.53 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Alor Setar, 9 Disember 2018 - Polis mengesahkan kejadian kebakaran memusnahkan enam van dan tiga lori milik kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) di garaj stor Lebuhraya Sultanah Bahiyah semalam adalah perbuatan khianat susulan penahanan seorang lelaki malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-van-tiga-lori-terbakar-sah-khianat-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:50 MYT

Alor Setar, 9 Disember 2018 - Polis mengesahkan kejadian kebakaran memusnahkan enam van dan tiga lori milik kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) di garaj stor Lebuhraya Sultanah Bahiyah semalam adalah perbuatan khianat susulan penahanan seorang lelaki malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan jam 10 malam dalam tempoh tidak sampai 24 jam kebakaran itu berlaku.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan bersama Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mendapati terdapat unsur khianat dalam kebakaran itu.

“Susulan itu, kita menahan suspek dan dia turut mengaku terbabit dalam kegiatan mencuri minyak kenderaan yang disimpan di situ dan membuang puntung rokok di kawasan tempat kejadian.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine dan tiada rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rozi berkata, beberapa pakaian dan peralatan suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Kejadian itu menyebabkan enam van dan tiga lori terbakar selain beberapa peralatan telekomunikasi turut musnah membabitkan kerugian RM90,000.

“Suspek direman seminggu bermula hari ini dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) yang boleh membawa hukuman sehingga 14 tahun penjara dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awam TM Kedah dan Perlis, Noridah Bachik berkata, semua kenderaan yang terbakar iaitu tiga lori dan enam van itu adalah milik kontraktor TM dan bukan milik TM.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

NSTP semalam melaporkan enam vandan tiga lori diparkir di garaj stor Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, empat van dan sebuah lori musnah 90 peratus manakala sebuah lori dan sebuah van pula terbakar 80 peratus.

Kebakaran itu turut menyebabkan sebuah lagi van dan lori hanya membabitkan kebakaran 40 dan 10 peratus.

- Harian Metro

ArticlePublished 09 Dec 2018 12.53 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM