Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Pengedar Dadah Diberkas

Published: 15 Sep 2018 4.14 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Polis memberkas empat pengedar dadah termasuk sepasang suami isteri dalam dua serbuan berasingan di pusat beli-belah dan kondominium di Damai, Luyang pada Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-pengedar-dadah-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:14 MYT

Polis memberkas empat pengedar dadah termasuk sepasang suami isteri dalam dua serbuan berasingan di pusat beli-belah dan kondominium di Damai, Luyang pada Selasa lalu.

Polis menahan dua lelaki di sebuah restoran kira-kira pukul 6.40 petang dan menjumpai tiga peket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 151 gram (g).

Hasil soal siasat, polis kemudian membuat serbuan kedua pada pukul 8.20 malam sebelum menahan seorang wanita bersama lelaki dipercayai rakan kepada suami wanita itu yang ditahan sebelumnya.

Pemeriksaan di dalam kondominium itu menjumpai dua peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dianggarkan seberat 304g yang disimpan dalam almari kecil di bilik tidur suspek.

Polis turut merampas dua kenderaan Mitsubishi Triton dan Toyota Innova, jam tangan, telefon bimbit, buku akaun dan nilai kesemua rampasan termasuk lima peket syabu dianggarkan RM150,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 15 Sep 2018 4.14 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM