Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Pegawai Pdrm Ditauliahkan Champion Eksa Dan Eksa Kendiri Tahun 2023

Diterbitkan: 08 Nov 2023 7.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 8 November 2023 – Seramai empat pegawai kanan Polis Diraja Malaysia telah dipilih dan ditauliahkan sebagai “Champion” Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA kendiri bagi tahun 2023 setelah lulus bengkel yang dianjurkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri pada 26 hingga 28 Julai dan 25 hingga 27 September yang lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-pegawai-pdrm-ditauliahkan-champion-eksa-dan-eksa-kendiri-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT
Putrajaya, 8 November 2023 – Seramai empat pegawai kanan Polis Diraja Malaysia telah dipilih dan ditauliahkan sebagai “Champion” Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA kendiri bagi tahun 2023 setelah lulus bengkel yang dianjurkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri pada 26 hingga 28 Julai dan 25 hingga 27 September yang lalu.

Mereka adalah antara 77 peserta yang mewakili kementerian, agensi pusat dan jabatan utama, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi barisan hadapan.

Majlis pentauliahan yang diadakan di Dewan Balora Perdana, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, Putrajaya itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Transformasi Pemodenan Pengurusan), MAMPU, Tuan Lornie Enggong, di sini pagi tadi.

Empat penerima sijil pentauliahan tersebut ialah Penolong Pegawai Latihan (Urus Tadbir/Kepolisan Am), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DSP Dr. Norashikin Ahmad, DSP Penerbitan dan Publisiti, Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) (Komunikasi Korporat), Bukit Aman, DSP Norhamizah Abu Bakar, ASP Seksyen Penyelidikan Inovasi dan Kreatif, USKPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman, ASP Norhidayah Yahya dan ASP Audit (4), Seksyen Pasukan Audit Dalaman, USKPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman, ASP Syahida Saidin.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, DCP Gilbert Philip Layang, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan 2, MAMPU, Puan Wan Azilawati Wan Mahmood dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Pendaftaran Negara, Tuan Hj. Baharin Saleh.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2023 7.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM