Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Lelaki Ditahan Milik Lori Curi

Published: 28 Jul 2015 1.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan empat lelaki yang menaiki sebuah lori dipercyai dicuri dalam satu pemeriksaan di persimpangan Pelabuhan Jalan Kuantan- Kemaman, dekat sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-ditahan-milik-lori-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:27 MYT

Kuantan, 27 Julai - Polis menahan empat lelaki yang menaiki sebuah lori dipercyai dicuri dalam satu pemeriksaan di persimpangan Pelabuhan Jalan Kuantan- Kemaman, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan lori yang dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahannya.

"Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Balai Polis Jeli, Kelantan.

"Kesemua suspek yang berusia 21 hingga 27 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Dalam kes berasingan, ACP Abdul Aziz berkata seorang lelaki berusia 22 ditahan setelah didapati menunggang motosikal curi jenis Yamaha 125Z dalam satu pemeriksaan di Beserah, di sini pada pukul 12.15 tengah malam semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan sebelum ini dilaporkan hilang di Balai Polis Chukai, Terengganu.

Katanya, suspek yang memiiki dua rekod jenayah lampau kini ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - BERNAMA

ArticlePublished 28 Jul 2015 1.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM