Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Ditahan Jual Mercun Rokok Seludup

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.54 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Johor Bahru, 20 Julai - Polis menahan empat lelaki dan merampas mercun serta rokok bernilai RM15,000 dalam serbuan berasingan di Kampung Melayu Majidee di sini pada Khamis dan semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ditahan-jual-mercun-rokok-seludup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:55 MYT

Johor Bahru, 20 Julai - Polis menahan empat lelaki dan merampas mercun serta rokok bernilai RM15,000 dalam serbuan berasingan di Kampung Melayu Majidee di sini pada Khamis dan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, suspek berusia antara 22 dan 53 tahun itu ditahan dalam dua operasi di sebuah bazar Ramadan dan sebuah rumah di kampung itu.

"Dalam serbuan Khamis lepas, kita merampas mercun serta bunga api bernilai RM8,000 yang dijual tanpa lesen di bazar Ramadan dan pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM7,000 di sebuah rumah pada Jumaat," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Majidee di sini hari ini.

Kesemua suspek ditahan reman bagi siasatan lanjut. Zainuddin berkata polis akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pembekal atau individu yang didapati menjual mercun.

"Saya juga meminta masyarakat supaya memantau anak masing-masing supaya tidak membakar mercun atau membuat mercun buatan sendiri," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.54 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM