
Article
Duta Besar Amerika Syarikat Bagi Memantau Dan Membanteras Pemerdagangan Orang Kunjungi Bukit Aman
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2023 - Duta Besar Amerika Syarikat bagi Memantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang, H.E. Cindy Dyer tiba di Bukit Aman, semalam deng...
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2023 - Duta Besar Amerika Syarikat bagi Memantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang, H.E. Cindy Dyer tiba di Bukit Aman, semalam dengan disambut oleh Pengarah Cawangan Khas yang mewakili Pucuk Pimpinan Pasukan, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Sapii Ahmad dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Beliau bersama delegasi tiba di Menara 1, Bukit Aman sekitar jam 2.00 petang dan terus diiringi ke Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara (KPN) di tingkat 31 bagi mempengerusikan bersama Mesyuarat Ketua Jawatankuasa Majlis AntiPemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dengan Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO, Kementerian Dalam Negeri, Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen.
Seusai mesyuarat tersebut, H.E. Cindy Dyer kemudiannya dibawa ke Bilik Tetamu KPN untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kunjungan hormat tersebut bagi membincangkan isu-isu semasa khususnya melibatkan jenayah pemerdagangan manusia di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Imigresen Malaysia ,Tuan Jafri Embok Taha, wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Digital serta Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.


