Dua Pucuk Pistol Wang Tunai Serta Lebih Satu Kilogram Dadah Ditemui
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di daerah Seberang Perai Tengah selepas menahan seorang lelaki dan merampas dua pucuk pistol dalam rondaan cegah jenayah di Taman Desa Impian, Seberang Perai kelmarin.
Suspek berusia 33 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Balai Machang Bubok pada pukul 2 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, suspek ditangkap semasa memberhentikan kereta jenis Toyota Camry yang dipandunya di tepi Jalan Impian Ria selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota.
Sumber : Kosmo