Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Produk Inovasi Pdrm Layak Ke Aipsa Tahun 2023

Diterbitkan: 13 Oct 2023 4.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 13 Oktober 2023 - Dua produk inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah terpilih ke peringkat Jawatankuasa pemilihan program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) tahun 2023 bertempat di Hotel Mercure Living pada 7 Oktober lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-produk-inovasi-pdrm-layak-ke-aipsa-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:02 MYT
Putrajaya, 13 Oktober 2023 - Dua produk inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah terpilih ke peringkat Jawatankuasa pemilihan program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) tahun 2023 bertempat di Hotel Mercure Living pada 7 Oktober lalu.

Objektif anugerah ini diadakan adalah sebagai menggalakkan penghasilan produk inovasi bertaraf rintis untuk diperluaskan selain mampu memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Produk inovasi PDRM yang dibentangkan di bawah kategori Anugerah Inovasi Sektor Awam (AInSA) iaitu Semak Mule yang disertai oleh para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman yang diketuai oleh SAC Zaldino Zaludin.
Manakala bagi kategori Anugerah Anugerah DNA Sektor Awam (ADISA) pula telah disertai oleh para pegawai dari Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman yang diketuai oleh DSP Dr. Hasranizam Hashim dengan pembentangan produk inovasi mereka bertajuk Pusat Maklumat Analitis Data Raya dan Hub Geospatial ke arah Intelligence.

Antara panel penilai yang terlibat sepanjang pembentangan adalah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Azhar Ahmad, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Datuk Seri Isham Ishak dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Hj. Rodzi Md Saad.

Kedua-dua kumpulan yang mewakili PDRM telah selesai membentangkan produk inovasi dengan jayanya dan keputusan akan diumumkan pada bulan November depan. Semoga kejuaraan akan menjadi milik PDRM!

 
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2023 4.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM