Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Cuba Seludup 6 000 Liter Minyak Light Fuel

Diterbitkan: 01 Oct 2018 6.57 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Sarikei, 1 Oktober 2018 – Dua lelaki warga tempatan ditahan Pasukan PolisMarin (PPM) Wilayah Lima selepas didapati cuba menyeludup 6,000 liter minyak ‘light fuel’ menggunakan sebuah lori di Jalan Sibu-Bintangor, Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-cuba-seludup-6-000-liter-minyak-light-fuel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:37 MYT

Sarikei, 1 Oktober 2018 – Dua lelaki warga tempatan ditahan Pasukan PolisMarin (PPM) Wilayah Lima selepas didapati cuba menyeludup 6,000 liter minyak ‘light fuel’ menggunakan sebuah lori di Jalan Sibu-Bintangor, Jumaat lalu.

Komandernya, ACP Sallehuddin Mat Zaman berkata, pemandu dan kelindan lori yang masing-masing berusia 45 dan 22 tahun itu ditahan pada jam 10.35 malam oleh Unit Risikan Marin (URM) selepas mengesan pergerakan kenderaan yang dibawa suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut telah membawa muatan minyak ‘light fuel’ itu tanpa lesen dan dokumen yang sah daripada Jabatan Alam Sekitar,” jelas beliau.

Tambah ACP Sallehuddin, pihak polis turut menyita lori dan muatan minyak dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM151,800.00.

Kes tersebut dirujuk kepada pihak Jabatan Alam Sekitar Sarawak, Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2018 6.57 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM