
Dua Jabatan Pdrm Diterajui Pengarah Baharu
Kuala Lumpur, 23 Disember 2019 - Jabatan Logistik dan Teknologi (JLT) atau dahulunya dikenali sebagai Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) secara rasmi diterajui Pengarah yang baharu, serentak hari ini.
CP Dato' Sri Tajuddin Md Isa yang akan bersara wajib esok, telah menyerahkan jawatan Pengarah JLT kepada CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman yang bertukar portfolio daripada Pengarah JPJKK.
Ibarat 'sirih pulang ke gagang', Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Zainal Abidin Kasim yang pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK pada tahun 2017, kini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato' Sri Rosli.
Majlis pemakaian pangkat lencana CP dan Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JLT dan JPJKK diadakan di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Abdul Hamid telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasihnya bagi pihak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Dato' Sri Tajuddin atas khidmat bakti beliau hampir 32 tahun dalam Pasukan.
“Maka, kini tibalah masanya untuk PDRM memulangkan sepenuhnya Dato’ Sri Tajudin ke pangkuan keluarga untuk menikmati ‘quality time’ bersama mereka dan melayari alam persaraan dengan penuh ketenangan dan sejahtera,” ujar beliau.
Tertib majlis tadi diselitkan dengan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JLT di antara Datin Sri Mastura Hashim dengan Datin Sri Azizah Othman, sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
Turut diadakan serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JPJKK di antara penyandangnya, Datin Sri Azizah dengan Profesor Madya Datin Hajah Roseleena Mohamed Noor.
Hadir sama, barisan Pengarah, Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Timbalan-timbalan Pengarah, barisan pimpinan tertinggi PERKEP, pegawai-pegawai kanan dan anggota PDRM serta rakan media.
Kemuncak acara pada hari ini ialah Majlis Paluan Berundur buat Dato' Sri Tajuddin yang dijangka akan diadakan dalam penuh adat istiadat kepolisan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Ianya sebagai simbolik penghargaan daripada warga PDRM buat Pegawai Kanan Polis yang akan meninggalkan Pasukan.
Sekitar sesi penyerahan dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JLT di antara CP Dato’ Sri Tajudin Md Isa kepada CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar sesi penyerahan dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JPJKK di antara CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman kepada CP Dato’ Zainal Abidin Kasim dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Pengarah JPJKK, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman menandatangani buku pelawat.
Pengarah JLT, CP Dato' Sri Tajudin Md Isa menandatangani buku pelawat.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.
Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan 'Sedia Berkhidmat'.
Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan 'Sedia Berkhidmat'.
Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan.
CP Dato' Sri Tajudin Md Isa bersama Datin Sri Mastura Hashim menaiki kenderaan khas pasukan.
CP Dato' Sri Tajudin Md Isa bersama Datin Sri Mastura Hashim bergambar kenangan sebelum meninggalkan majlis.
Sekitar Majlis Paluan Berundur Pengarah JLT yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur.
Sekitar Majlis Paluan Berundur Pengarah JLT yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur.
Sekitar Majlis Paluan Berundur Pengarah JLT yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur.