Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Diberkas Sejam Selepas Samun Pengurus

Published: 17 Jun 2014 8.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Sungai Siput - Dua daripada empat lelaki yang menyamun seorang pengurus sebuah stesen minyak di sini, diberkas kurang satu jam selepas mereka melakukan jenayah itu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-diberkas-sejam-selepas-samun-pengurus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:01 MYT

Sungai Siput - Dua daripada empat lelaki yang menyamun seorang pengurus sebuah stesen minyak di sini, diberkas kurang satu jam selepas mereka melakukan jenayah itu.

Hasil siasatan awal polis, Long Hooi Soon, 53, disamun ketika hendak memasukkan wang perniagaan berjumlah RM40,000 ke dalam sebuah bank berhampiran.

Dalam kejadian jam 12.58 tengah hari itu, kenderaan yang dinaiki mangsa dari stesen minyak di Khantan Baru bersama pekerjanya disamun ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran Kampung Bahagia, di sini.

Menurut Ketua Polis Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, dua lagi suspek melarikan diri dan sedang dikesan. Kes disiasat di bawah Seksyen 393, 395/397 Kanun Keseksaaan.

Dua Diberkas Sejam Selepas Samun Pengurus

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM