Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Ah Long Remaja Antara Ditahan Polis

Published: 06 Jul 2015 1.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menahan empat suspek termasuk dua remaja seawal usia 16 tahun yang terlibat dalam kegiatan Ah Long di sekitar Kota Tinggi, Johor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ah-long-remaja-antara-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:50 MYT

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menahan empat suspek termasuk dua remaja seawal usia 16 tahun yang terlibat dalam kegiatan Ah Long di sekitar Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Daerah, Supt. Rahmat Othman berkata, pegawainya terpaksa menyamar sebagai peminjam sebelum berjaya mengesan dan menangkap ceti-ceti haram yang berleluasa menipu orang ramai tersebut.

Polis turut merampas 834 keping risalah pinjaman wang haram yang dipercayai digunakan untuk mengaburi mata orang ramai yang berada dalam keadaan terdesak memerlukan pinjaman wang dengan mudah.

PDRM menyeru kepada orang ramai agar tidak terjebak dengan pinjaman wang haram ini kerana akan menyusahkan diri termasuk ahli keluarga di kemudian hari.

Sumber: Utusan Malaysia

Dua Ah Long Remaja Antara Ditahan Polis
ArticlePublished 06 Jul 2015 1.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM