Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dsa Natsec Asia 2026 Timbalan Kpn Lawat Reruai Senjata Dan Teknologi Keselamatan

Published: 22 Apr 2026 11.56 PM Updated: 15 Aug 2026 6.57 PM
Kuala Lumpur, 22 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan ke Pameran Defence Services Asia (DSA) 2026 dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026 yang memasuki hari ketiga penganjurannya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2026-timbalan-kpn-lawat-reruai-senjata-dan-teknologi-keselamatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT
Kuala Lumpur, 22 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan ke Pameran Defence Services Asia (DSA) 2026 dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026 yang memasuki hari ketiga penganjurannya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Lawatan beliau diiringi oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi serta Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya.

Sepanjang lawatan, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meninjau beberapa reruai pameran melibatkan syarikat antarabangsa dan tempatan yang mempamerkan teknologi serta kelengkapan keselamatan terkini.

Antara yang dilawati termasuk Armscor Global Defense, Inc. dari Filipina dan Colt CZ Group SE (Republik Czech) serta syarikat tempatan seperti Arif Niaga Resources Sdn. Bhd., Shah Maju Global Sdn. Bhd. dan Mega Arms Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan meneliti dan mencuba beberapa aset serta peralatan yang dipamerkan, termasuk senjata api, bagi mendapatkan gambaran lebih jelas terhadap keupayaan dan teknologi semasa.

Turut hadir ialah Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Kama Azural Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Zaidy Che Hassan serta Penolong Pengarah Persenjataan (CBRNE), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Hammizamri Abdullah.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of helicopter and text

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of text that says '金 ER 잘까치 01 AE1 10 TN 強 INES LARGE LARGECALIBER CALIBER 105M ZDP แนวล'


ArticlePublished 22 Apr 2026 11.56 PMUpdated 15 Aug 2026 6.57 PM