Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dsa Natsec Asia 2024 Kpn Bersama Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Pembukaan Di Mitec

Published: 06 May 2024 2.46 PM Updated: 15 Aug 2026 8.15 PM
Kuala Lumpur, 6 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Pembukaan Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2024-kpn-bersama-timbalan-kpn-hadir-majlis-perasmian-pembukaan-di-mitec
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Pembukaan Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan diringi Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.

DSA dan NATSEC Asia 2024 membuka tirai hari ini dengan menyaksikan penyertaan lebih 1,324 syarikat dari 60 buah negara yang mempamerkan teknologi pertahanan dan keselamatan masing-masing.

Bertemakan 'Membina Ketahanan Negara Untuk Generasi Masa Hadapan', pameran tersebut akan berlangsung selama empat hari sehingga Khamis ini dan ianya sememangnya dinanti-nantikan oleh penggiat industri pertahanan serta keselamatan antarabangsa.

Pameran DSA dan NATSEC 2024 pada kali ini dijangka melibatkan lebih 50,000 pelawat dari dalam dan luar negara yang membabitkan pakar industri pertahanan, keselamatan, pempamer, delegasi kenamaan, kakitangan kerajaan, peneraju industri serta wakil media dalam dan luar negara.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Tan Sri Asmat Kamaludin, barisan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.


May be an image of 1 person and crowd

May be an image of 3 people, crowd and text

May be an image of 5 people, dais and text that says '三 I m ACCESS CRANTE'

May be an image of 5 people and crowd

May be an image of 4 people and text

May be an image of 14 people, crowd and text

May be an image of 5 people, crowd and text

May be an image of 1 person, dais, crowd and text

May be an image of 2 people, crowd and dais

ArticlePublished 06 May 2024 2.46 PMUpdated 15 Aug 2026 8.15 PM