
Terima kasih Puan Sorherlyse Omar atas perkongsian gambar-gambar lama ibu beliau, Sarjan Mejar (SM) Rohaya Chik yang pernah berkhidmat selama 40 tahun dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
SM Rohaya menyertai PDRM pada tahun 1976 dengan menjalani latihan asas kepolisan selama enam bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Beliau memulakan tugas sebagai anggota polis berpangkat Konstabel dengan melakukan tugas am di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, SM Rohaya telah bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Penolong Pegawai Penyiasat Seksual, SM Mahkamah (Siasatan Perundangan) dan SM Kebajikan sebelum mengambil keputusan menjalani persaraan awal pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan beliau bersama Sub Inspektor Omad Saad, mereka dikurniakan lapan cahaya mata iaitu dua lelaki dan enam perempuan.
Doa kami agar SM Rohaya sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta dan dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan daripada Yang Maha Esa.
#DownMemoryLane
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP