Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dkpp Dan P K P 2023 Pjp Diraja Brunei Dan Pg Royal Thai Police Berlepas Pulang

Published: 31 Oct 2023 4.24 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 31 Oktober 2023 - Pesuruhjaya Polis (PJP) Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan Hj. Hambali malam tadi berlepas pulang ke Bandar Seri Begawan selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) dan Pingat Keberanian Polis (P.K.P.) sesi pertama yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dkpp-dan-p-k-p-2023-pjp-diraja-brunei-dan-pg-royal-thai-police-berlepas-pulang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:58 MYT
Sepang, 31 Oktober 2023 - Pesuruhjaya Polis (PJP) Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan Hj. Hambali malam tadi berlepas pulang ke Bandar Seri Begawan selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) dan Pingat Keberanian Polis (P.K.P.) sesi pertama yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, pagi tadi.

Beliau bersama isteri yang menaiki pesawat Royal Air Brunei BI874 berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 9.15 malam dengan disantuni oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad bersama isteri, Datin Sri Norliah Othman.

Turut kelihatan menghantar pulang rombongan Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan tadi ialah Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Suparamaniam Ramasamy.

Terdahulu pada sebelah petang tadi, Police Commisioner General of the Royal Thai Police (RTP), Police General Torsak Sukvimol juga berlepas pulang ke Bangkok menggunakan pesawat khas RTP yang mendarat dekat Pangkalan Pasukan Gerakan Udara Subang, Selangor.

Menghantar beliau pulang kira-kira jam 3.00 petang ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dengan diapit Komander PGU, DCP Dato' Noor Sham Md Jani dan SAC Suparamaniam.

Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan dan Police General Torsak masing-masing dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis secara kehormat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaidin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people and text that says '@HAK MILIK PD'

May be an image of 10 people and text

May be an image of 8 people and text

ArticlePublished 31 Oct 2023 4.24 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM