Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dkpp Dan P K P 2023 Agong Kurnia 309 Darjah Kebesaran Dan Pingat Kepada Warga Pdrm Pada Sesi Pertama Istiadat

Diterbitkan: 31 Oct 2023 11.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan dan Pingat Pasukan Polis kepada 309 penerima di Balairung Seri, Istana Negara, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dkpp-dan-p-k-p-2023-agong-kurnia-309-darjah-kebesaran-dan-pingat-kepada-warga-pdrm-pada-sesi-pertama-istiadat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
 
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan dan Pingat Pasukan Polis kepada 309 penerima di Balairung Seri, Istana Negara, pagi tadi.

Istiadat sesi pertama Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) dan Pingat Keberanian Polis (P.K.P.) Tahun 2023 menyaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendahului senarai penerima apabila dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.).

Menerima darjah kebesaran sama ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kasim, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri serta Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato' Mohd Hishamudin Mohd Tahar.

Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran sama secara kehormat kepada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato' Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan Hj. Hambali dan Police Commissioner General of the Royal Thai Police, Police General Torsak Sukvimol.

Dalam DKPP tahun ini juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima Setia Pasukan Polis kepada 58 penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (88 penerima), Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Kesatria Pasukan Polis (17 penerima) dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (138 penerima).

Manakala Komandan Pusat Latihan Polis Air Hitam, Negeri Sembilan, ACP Saufi Anuar Abdullah pula merupakan penerima tunggal untuk P.K.P.

Pengurniaan DKPP dan P.K.P. kepada pegawai dan anggota Polis yang layak adalah sebagai manifestasi penghargaan daripada pihak Kerajaan khasnya Pasukan atas jasa serta pengorbanan yang telah mereka curahkan selama ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama isteri, Datin Seri Norhayati Musa, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah bersama isteri, Datin Seri Hamisah Hussin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi bersama isteri, Datin Kamariah Abd. Rahman dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 14 people

May be an image of 3 people, candle holder, flower and dais

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 9 people and dais

May be an image of 8 people

May be an image of 9 people

May be an image of 18 people and dais

ArtikelDiterbitkan 31 Oct 2023 11.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM