Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Didenda Maksimum Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pegawai Polis

Diterbitkan: 08 Oct 2018 8.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2018 - Seorang eksekutif jualan didenda maksimum RM100 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada seorang anggotapolis berpangkat sarjan semasa sekatan jalan raya, bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/didenda-maksimum-tunjuk-isyarat-lucah-kepada-pegawai-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2018 - Seorang eksekutif jualan didenda maksimum RM100 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada seorang anggotapolis berpangkat sarjan semasa sekatan jalan raya, bulan lalu.

Majistret Rahni Kartini Abd. Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Derrick Johnson, 28, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Sarjan Mejar Norhaizin Udin dengan niat mengaibkan dan menghina pegawai serta anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, di sini kira-kira jam 9.50 malam, 16 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda RM100.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun peguam, Stanley Gabriel yang mewakili Derrick memohon denda ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya selain insaf dan menyesal akan perbuatannya.- UTUSAN ONLINE

Didenda Maksimum Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pegawai Polis

ArtikelDiterbitkan 08 Oct 2018 8.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM