Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dialog Perwira 4 Kpp Akan Realisasikan Konsep Pertahanan Menyeluruh

Published: 24 Oct 2019 3.00 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan merealisasikan Pertahanan Menyeluruh negara yang akan melibatkan semua pihak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dialog-perwira-4-kpp-akan-realisasikan-konsep-pertahanan-menyeluruh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2019 - Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan merealisasikan Pertahanan Menyeluruh negara yang akan melibatkan semua pihak.

Menteri Pertahanan, Tuan Mohamad Sabu berkata, komitmen baharu kerajaan itu bukan sahaja tertumpu kepada anggota tentera tetapi juga merangkumi semua lapisan rakyat pelbagai latar belakang termasuk golongan veteran tentera.

Menurutnya, seiring dengan perubahan zaman, kaedah dan formula pertahanan lama sudah semakin lapuk dan tidak berkesan.

"Jadi kita (Kementerian Pertahanan) melalui kertas putih ini kita hendak meminta penglibatan semua rakyat dalam pertahanan negara.

Dialog Perwira 4 yang dianjurkan oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) ini merupakan siri dialog yang terakhir sebelum KPP dibentangkan di Dewan Rakyat pada awal Disember nanti.

KPP merupakan dokumen bersifat terbuka yang bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat tentang keutamaan masa kini serta perancangan masa hadapan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Liew Chin Tong, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Hamid Bador.

Bacaan lanjut di https://www.google.com/…/KPP-akan-realisasikan-konsep-Hanruh

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting
Menteri Pertahanan Malaysia, Tuan Mohamad Sabu bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika hadir pada sesi Dialog Perwira 4 hari ini. Ihsan Foto- Bernama
Image may contain: 11 people, people smiling, indoor
Image may contain: 6 people, people smiling, indoor
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit

ArticlePublished 24 Oct 2019 3.00 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM