Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Delegasi Lan Ri Adakan Lawatan Sambil Belajar Ke Bukit Aman

Published: 15 Aug 2019 12.10 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2019 – Seramai 35 ahli delegasi Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia (LAN RI) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/delegasi-lan-ri-adakan-lawatan-sambil-belajar-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:49 MYT

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2019 – Seramai 35 ahli delegasi Lembaga Administrasi Negara  Republik Indonesia (LAN RI) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Delegasi yang diketuai oleh Kepala Pusat Latihan dan Pengembangan Kompetensi Aparatur Sipil Negara, Hari Nugraha telah disambut oleh Ketua Perhubungan Antarabangsa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Datuk Goh Boon Keng sebelum diberikan taklimat berkaitan dasar pembangunan sumber manusia PDRM daripada Superintendan Unit Task Force Modern Policing, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Superintendan Dr. Mohamad Daud Druis.

Program yang berlangsung hampir dua jam tadi antara lainnya bertujuan untuk berkongsi pelan dasar kepolisan dan hala tuju Pasukan sekaligus bagi melengkapkan siri lawatan sambil belajar empat hari mereka di Malaysia. 

Usai taklimat, program diteruskan dengan sesi soal jawab sebelum diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kenangan antara kedua-dua pihak.

Para delegasi dijadualkan akan mengadakan lawatan ke lain-lain agensi kerajaan di Lembah Klang dan Putrajaya sebelum pulang ke Indonesia.

 Delegasi Lan Ri Adakan Lawatan Sambil Belajar Ke Bukit Aman
Sesi bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people, people sitting
Antara tetamu kehormat yang hadir dalam program lawatan sambil belajar pada hari ini.

 
Delegasi Lan Ri Adakan Lawatan Sambil Belajar Ke Bukit Aman
Pengacara majlis, DSP Muhamad Mustafah Hussin yang mengendalikan perjalanan aturcara program lawatan Delegasi LAN RI pada hari ini.

Image may contain: 10 people, people sitting, suit and wedding
Rombongan delegasi yang hadir dalam program lawatan sambil belajar pada hari ini.

Image may contain: 1 person
Taklimat daripada Superintendan Unit Task Force Modern Policing, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Superintendan Dr. Mohamad Daud Druis.
 
Image may contain: 1 person
Ucapan daripada Kepala Pusat Latihan dan Pengembangan Kompetensi Aparatur Sipil Negara, Hari Nugraha.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Upacara penyampaian cenderahati kenang-kenangan di antara Ketua Perhubungan Antarabangsa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Datuk Goh Boon Keng dan Kepala Pusat Latihan dan Pengembangan Kompetensi Aparatur Sipil Negara, Hari Nugraha.

Image may contain: 1 person, sitting
Para delegasi turut diberikan peluang untuk mengikuti sesi soal jawab dalam program pada hari ini.
ArticlePublished 15 Aug 2019 12.10 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM