Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dcp Abd Rahman Dilantik Sebagai Supm Yang Baharu

Published: 28 Nov 2025 6.32 AM Updated: 23 Sep 2026 11.16 AM
Kuala Lumpur, 28 November 2025 – Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), DCP Abd Rahman Kassim hari ini dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu menggantikan DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah yang bakal bersara wajib pada 30 November 2025.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dcp-abd-rahman-dilantik-sebagai-supm-yang-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:20 MYT
Kuala Lumpur, 28 November 2025 – Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), DCP Abd Rahman Kassim hari ini dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu menggantikan DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah yang bakal bersara wajib pada 30 November 2025.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan SUPM berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara (KPN) dan disaksikan oleh KPN, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.
Turut hadir ialah Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid dan Ketua-ketua Bahagian Urus Setia KPN Bukit Aman.

Dalam majlis yang diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Kamaruzaman atas khidmat bakti dan komitmen beliau sepanjang 39 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya dan bagi pihak kepimpinan tertinggi PDRM menghargai kerja keras dan kesungguhan Dato’ dalam mengurus hal ehwal pentadbiran di Bahagian Urus Setia KPN,” ujar beliau.

Dato’ Kamaruzaman sebelum ini memulakan tugas sebagai SUPM pada 2 Ogos 2024 menggantikan Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Datuk Alzafny Ahmad.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Kamaruzaman merakamkan penghargaan kepada seluruh warga PDRM khususnya Urus Setia KPN yang sentiasa melaksanakan amanah dengan integriti, dedikasi dan profesionalisme.

Bagi pihak warga PDRM, ucapan terima kasih dihulurkan kepada Dato’ Kamaruzaman atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan dan selamat bertugas kepada SUPM yang baharu, DCP Abd Rahman Kassim.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin & Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, table, newsroom and text


ArticlePublished 28 Nov 2025 6.32 AMUpdated 23 Sep 2026 11.16 AM