
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada hari ini, 23 Mac 2025 (Ahad) bersamaan 22 Ramadan 1446 Hijrah.
Semoga Allah SWT memberkati dan lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.