
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI 31 Januari 2019-30 Januari 2024.
Dirgahayu Tuanku! Daulat Tuanku!