Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Datuk Gilberd Tinggalkan Legasi Cemerlang Dalam Kepimpinan Jlog

Published: 17 Mar 2026 3.51 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
CP Datuk Gilberd Philip Layang menampilkan kewibawaan dan keterampilan kepimpinan yang cemerlang sejak menerajui Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 20 Jun 2025. Itulah legasi cemerlang beliau dalam memastikan keperluan logistik dan teknologi Pasukan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/datuk-gilberd-tinggalkan-legasi-cemerlang-dalam-kepimpinan-jlog
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:25 MYT

Kuala Lumpur, 17 Mac 2026 - CP Datuk Gilberd Philip Layang menampilkan kewibawaan dan keterampilan kepimpinan yang cemerlang sejak menerajui Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 20 Jun 2025. Itulah legasi cemerlang beliau dalam memastikan keperluan logistik dan teknologi Pasukan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum.

Menyingkap kembali sejarah perkhidmatan beliau dalam Pasukan, Datuk Gilberd memulakan kerjaya pada 1 April 1994 dan menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sebagai Pelatih Kadet ASP.

Selama hampir 32 tahun dalam perkhidmatan beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam PDRM antaranya Timbalan Pengarah (Teknikal/ Operasi), JLog Bukit Aman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak dan Timbalan Pengarah (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan Am), JLog Bukit Aman.

Pada tahun 2025, dengan sikap dedikasi tinggi dalam memperkasakan integriti, profesionalisme dan kepimpinan beliau semakin menyerlah apabila diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui JLog.

Pada hari ini, bagi menghargai jasa beliau dalam Pasukan Sang Saka Biru, majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau telah berlangsung penuh istiadat di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur petang tadi yang dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM dan warga Pasukan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam Pasukan.

Terdahulu, turut berlangsung Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JLog di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

Tertib majlis dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) yang disempurnakan oleh KPN, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid kepada CP Redzuan Abd Hamid bersama 39 pegawai kanan pelbagai pangkat di hadapan para tetamu yang hadir.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi menandatangani serta penyerahan dokumen serah terima tugas, disusuli dengan penyerahan tongkat kuasa di antara Datuk Gilberd dengan Tuan Redzuan yang dilantik sebagai Pengarah JLog yang baharu. Kedua-dua acara tersebut disaksikan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid.

Dalam majlis yang sama berlangsungnya serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JLog di antara Datin Siti Manau kepada penyandang baharu, Puan Siti Norhaya Shaharul Anuar. Penyerahan tugas tersebut telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan atas segala jasa dan perkhidmatan Datuk Gilberd dan merasa kehilangan seorang pegawai yang banyak menyumbangkan jasa, pengorbanan serta pandangan strategik dalam membentuk hala tuju Pasukan keramat ini.

"Dengan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pengurusan, pentadbiran serta logistik, Datuk Gilberd telah menampilkan kewibawaan dan keterampilan kepimpinan yang cemerlang sejak menerajui JLog pada 20 Jun 2025," ujar beliau.

Selamat bersara Datuk Gilberd! Semoga Datuk menjalani tempoh persaraan dengan penuh bahagia bersama Datin dan seluruh keluarga tercinta. Kepimpinan Datuk pastinya akan meninggalkan legasi yang tidak akan luput dari ingatan setiap lapisan warga Pasukan Keramat Sang Saka Biru ini.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of text

May be an image of dais and text that says '5 ဘေးထယပ်။ 75 MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI YDH CP DATUY SI

May be an image of text

May be an image of one or more people, headscarf, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text that says 'G ሓር BLEEHI'

May be an image of dais, hospital and text that says 'PULAPOL PDRM PULAPOL PULAFOL PDRM PULAPOL PDRM PULAPOL KL PULAPOL PULAPOL KL PULAFOL PULAPOL PDRM PDR

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎PULAPOL PDRM PULAPOL KL PULAPOL PDRM PULAPOL کیا PDRM PULAPOL KL PULAPOL KL OL PILAPOL PDRM PULAFOL

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says '* PERKEP υαχτ Serah Terima Tugas PENGERUSI PERKEP JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI YBHG. DTIN TIN SITI ANAK M

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people, headscarf and text

May be an image of one or more people and wedding

May be an image of one or more people and text

May be an image of text that says 'ሰህ። શ DRM'

May be an image of one or more people, segway, accordion, saxophone, violin, clarinet, street and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text
ArticlePublished 17 Mar 2026 3.51 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM