Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Sri Acryl Sani Sempurnakan Perasmian Ipd Sepang

Diterbitkan: 15 Sep 2021 10.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sepang, 15 September 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini berbesar hati merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor yang berlangsung di dataran padang kawad, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-sri-acryl-sani-sempurnakan-perasmian-ipd-sepang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:12 MYT

Sepang, 15 September 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini berbesar hati merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor yang berlangsung di dataran padang kawad, di sini.

Majlis perasmian yang dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Dato' Sri Acryl Sani turut diserikan dengan persembahan daripada Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kompleks IPD Sepang yang mula beroperasi sejak 5 Mei 2004 tersebut telah dibina di atas tanah berkeluasan 38.919 hektar di Mukim Labu, Sepang, Selangor dan meliputi prasarana seperti bangunan pentadbiran, dewan serbaguna, surau, kuarters serta lain-lain.

Turut hadir, isteri KPN yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim bersama surinya merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Hajah Anizah Musa, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, barisan pengarah PDRM dan Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of one or more people and text that says 'お~ Perasmian IBU PEJABAT POLIS DAERAHSEPANG DAERAH SEPANG PADA SEPTEMBE (RABU) Disempurnakan IG

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of one or more people and people standing
ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2021 10.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM